Rahmat Aku mendahului Takdir Aku
Rahmat Aku mendahului Takdir Aku Rahmat Allah TAALA sangatlah luas. Keluasan Rahmat NYA itu tidak dapat dihitung dan tidak dapat dibanyangi oleh mata dan akal fikiran kita yang lemah ini. Berbaiksangka terhadap ALLAh TAALA. Jangan berhenti berharap segala sesuatu hanya daripada NYA. Ini antara pesanan yang kerap di ulangi oleh syeikh Abdullah Jahaf di dalam majlis pengajian bimbingan beliau. ******* Telah khabarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Nabi Allah Musa a.s. kisah berkenaan seorang wanita yang terlalu menginginkan seorang anak sebagai cahaya permata hatimya. Namun Allah Taala menakdirkan wanita tersebut seorang yang mandul. Oleh kerana wanita ini sangat berkeinginan dengan kehadiran seorang anak di dalam hidupnya, maka pergilah dia bertemu Nabi Musa a.s. di dalam perjalanan, hatinya penuh dengan harapan. Setelah bersua dengan Nabi Musa a.s, berkatalah wanita tersebut. “wahai Nabi allah Musa. Sesungguhnya kamu adalah orang yang paling hampir dengan allah...