Rahmat Aku mendahului Takdir Aku
Rahmat Aku mendahului Takdir Aku
Rahmat
Allah TAALA sangatlah luas. Keluasan Rahmat NYA itu tidak dapat dihitung dan
tidak dapat dibanyangi oleh mata dan akal fikiran kita yang lemah ini.
Berbaiksangka terhadap ALLAh TAALA. Jangan berhenti berharap segala sesuatu
hanya daripada NYA. Ini antara pesanan yang kerap di ulangi oleh syeikh
Abdullah Jahaf di dalam majlis pengajian bimbingan beliau.
*******
Telah
khabarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Nabi Allah Musa a.s. kisah
berkenaan seorang wanita yang terlalu menginginkan seorang anak sebagai cahaya
permata hatimya. Namun Allah Taala menakdirkan wanita tersebut seorang yang
mandul.
Oleh
kerana wanita ini sangat berkeinginan dengan kehadiran seorang anak di dalam
hidupnya, maka pergilah dia bertemu Nabi Musa a.s. di dalam perjalanan, hatinya
penuh dengan harapan.
Setelah
bersua dengan Nabi Musa a.s, berkatalah wanita tersebut. “wahai Nabi allah
Musa. Sesungguhnya kamu adalah orang yang paling hampir dengan allah Taala. Aku
begitu menginginkan seorang anak. Mohonlah kepada Allah Taala akan permintaanku
ini.”
Nabi
Allah Musa a.s pun mengiyakan permintaan wanita tersenut dan meminta wanita itu
bertemunya kembali pada keesokan harinya. Setelah itu, bermunajatlah Nabi Musa
a.s kepada Allah taala ataspermintaan wanita tersebut. Namun Allah taala
menyatakan kepada Nabi Musaa a.s bahwa wanita itu telah ditakdirkan mandul.
Pada
keesokan harinya yang seperti dijanjikan, maka hadirlah wanita itu semula. Nabi
Musa a.s pun menyampaikan kepada wanita itu akan hal tersebut. Setelah mendapat
perkabaran tersebut pulanglah wanita itu. Selang beberapa waktu, wanita
tersebut datang kembali kepada Nabi Musa a.s dengan hasrat yang sama dan juga
permintaan yang sama. Nabi Allah Musa a.s tetap juga mengiyakan akan permintaan
wanita tersebut dan meminta wanita itu bertemunya kembali pada keesokkan
harinya.
Bermunajatlah
Nabi Allah Musa a.s kepada Allah Taala seperti sebelumnya atas permintaan
wanita tersebut. Namun Allah Taala masih menyatakan kepada Nabi Musa a.s bahawa
wanita itu telah ditakdirkan mandul dan Nabi Musa a.s menyampaikan perkhabaran
itu kepada wanita tersebut. Maka pulanglah wanita tersebut. Setelah itu, dalam
tempoh yang agak lama wanita ini tidak berkunjung datang menemui Nabi Musa a.s.
Pada
suatu hari wanita ini datang kembali menemui Nabi Musa a.s. wajahnya tersenyum
penuh keceriaan dan sambil menggendong seorang anak. Nabi Musa a.s berasa
hairan kerana sepengetahuan nabi Musa a.s bahawasanya wanita ini seorang yang
mandul. Beertanya lah Nabi Musa a.s kepadanya, “wahai wanita ! anak kecil
siapakah itu yang engkau bawa bersamamu? Jawab wanita itu dengan wajahnya yang
penuh keceriaan. “ini anak ku. Cahaya permata hati ku wahai nabi Allah.”
Setelah
wanita ini pulang Nabi Musa a.s pun bermunajat dan bertanya kepada Allah Taala.
“Ya Allah Yang Maha Pemurah. Bagaimana wanita ini memiliki seorang anak yang
terlahir dari rahimnya sementara Engkau telah mentakdirnya menjadi wanita yang
mandul?”
Allah
Taala berfirman terhadap pertanyaan Nabi Musa a.s “wahai Musa. HambaKu ini tidak
berputus asa. Setiap kali Aku menuliskan takdir baginya sebagai wanita yang
mandul, dia tidak henti henti berdoa kepadaku dengan NamaKu Ar-Rahim terus
menerus dengan tukus dan ikhlas. Maka Aku pun memberikan apa yang dia minta.
Ketahuilah Bahawa Rahmat Aku Mendahului Takdir Ku”
Comments
Post a Comment